Sabtu, 2009 Oktober 31
Pandangan Mata Hati Imam Syafi'i
Orang tua yang melihat dengan pandangan mata hati akan bertambah serius dalam melaksanakan kebaikan dan 'berpatah arang' dengan kejahatan. Masa telah begitu suntuk. Entah sempat, entahkan tidak. Itulah rasa hati mereka. Mereka tidak sudi lagi berpaling kepada yang mengganggu dan menggugat. Tumpuan utama hanyalah mengejar masa.
Imam Syafi'i misalnya, pada usia empat puluh tahun sudah pun berjalan dengan memakai tongkat. Orang keliling kehairanan, justeru Imam Syafi'i masih tegap dan sihat. Bukankah beliau seorang pemanah yang tepat dan penunggang kuda yang cekap?
Ketika menjawab soalan orang tentang mengapa dia bertongkat, Imam Syafi'i berkata, "Tongkat ini untuk mengingatkan bahawa aku telah tua. Cukuplah semua hadiah dan sanjungan yang telah ku terima selama ini. Aku tidak perlukan lagi. Tumpuan sepenuh hati ku sekarang ialah menuju Allah!"
Demikian 'orang tua' yang memandang dirinya dengan pandangan mata hati.
Sayangnya, kebanyakan kita yang mendakwa pengikut setia Imam Syafi'i tidak pula bersikap begitu. Kita tidak mencari tongkat "pengingat " seperti beliau, sebaliknya sibuk mencari tongkat "penggiat" - Tongkat Ali!
Amaran azab akhirat agar henti perkara yang ditegah Allah
SEBAHAGIAN tanggungjawab bersahabat ialah saling mengajar dan menasihati, kerana keperluan kepada ilmu tidak kurang keperluannya dibanding pada harta. Justeru apabila berkawan bertujuan untuk mendapat pertolongan harta benda, itu bukanlah berkawan cara yang dikehendaki Islam.
Seandainya seseorang itu kaya ilmu yang dikurniakan Allah SWT, sayogia timbangrasa terhadap sahabatnya sekiranya jiwanya lapar dan dahaga ilmu.
Berilah santapan jiwanya dengan ilmu, sebagaimana bantunya memberi makanan ketika perutnya lapar.
Pimpinlah dia menuju kepada kebaikan di dunia lebih-lebih lagi kebaikan di akhirat. Justeru itu timbulnya sistem ‘usrah’ dengan berberapa orang yang diketuai seorang ‘naqib’ (penyelaras).
Usrah dipimpin seorang naqib. Ketua usrah tidak dipanggil sebagai tok guru, kerana menyebabkan ada orang merasa dirinya sebagai murid sentiasa jahil.
Justeru tiada peluang untuk bertukar fikiran merasa tidak perlu, kerana sudah ada tok guru di majlis tersebut. Usrah adalah majlis bentuk keluarga, perlu ada tegur menegur dan memberi pandangan.
Jika pendapat peserta tidak sejajar dengan keperluan usrah, menjadi tugas naqib sebagai ketua penyelaras, memberi pandangan dari sudut pengalaman dan pengetahuannya.
Dengan cara itu bakat sebagai penasihat dapat dicungkil dalam usrah, jika tidak penasihat hanya berlaku sebelah pihak. Sedangkan ta'lim ialah nasihat kedua pihak sebagai ukhuwah.
Sekiranya diajar dan dipimpin tetapi tidak mahu turut dengan kehendak ilmu, maka menjadi kewajiban naqib dan anggota usrah yang lain menasihatinya.
Sebahagian asam garam nasihat ialah peringatkan kembali mengenai peristiwa dahsyat di alam akhirat. Manusia akan berdepan dengan azab api neraka, jika melampaui peraturan Allah SWT.
Tujuan diperingatkan sengsara akhirat, supaya dia hentikan segala perkara yang ditegah ugama. Gerakkan jiwanya supaya sedar dia sedang bergelumang dengan keaiban.
Seperkara yang mesti diketahui ialah bahawa memberi nasihat dan teguran, hendaklah dilakukan dalam sulit rahsia.
Ajak dia ke suatu sudut dan nasihatinya secara empat mata, supaya orang lain tidak mengetahuinya.
Ini kerana orang yang dinasihati tidak terasa dirinya dalam salah. Telah jadi tabiat manusia yang dalam keadaan salah, dia tidak suka kesilapannya diketahui orang lain.
Justeru jika mendedahkan suatu perilaku yang negatif, jangan disebut nama pelakunya. Nabi Muhammad s.a.w. apabila terlihat kelakuan yang tidak baik oleh seorang sahabatnya, lalu dijadikan tajuk ucapan nasihatnya tanpa menyebut siapa pelakunya.
Nabi s.a.w. menasihati secara umum, mana yang wajar dan mana yang tidak. Seorang alim dan juga sebagai wali bernama Dzunnun Al-Masri berkata: "Kamu berkawan dengan Tuhan hendaklah dengan menyetujui semuanya, tidak berkawan dengan makhluk kecuali ada tegur menegur (nasihat menasihati), jangan berkawan dengan nafsu sendiri kecuali kamu berbalah dengannya."
Menurut Dzunnun bahawa hidup di dunia ini mesti berkawan dengan tiga pihak, lantaran tiga pihak itu berbeza maka cara berkawan pun berbeza juga.
Wajib bersama Allah SWT "Wahua ma'akum ainama kuntum," bahawa Allah SWT bersama denganmu di mana saja kamu berada. Manusia sentiasa berangkai dengan kekuasaan-Nya, setiap masa dan ketika.
Berkawan dengan Tuhan secara turut dan patuhi segala suruhan dan larangan-Nya, itulah cara dan kaedahnya manusia Muslim berkawan dengan Tuhan.
Sebab itu jangan ada sesaat pun hati terlalai dengan-Nya, kerana lalai itulah punca utama manusia menuju kepada ingkar dan kesalahan.
Manusia adalah mahluk. Justeru dia mesti bermasyarakat dan berkawan sesama makhluk, dengan cara saling tegur menegur nasihat menasihati. Sesiapa melakukan kesilapan jangan malu menerima tegur nasihat kawannya.
Ketiga, manusia terpaksa berkawan dengan nafsu, kerana nafsu itu kurniaan Allah SWT bersama kejadian dirinya. Tetapi kejadian nafsu seperti yang dijelaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan jiwa serta penyempurnaanya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kekufuran dan ketakwaannya." (Surah Asy-Syams ayat 7 dan 8)
Apabila manusia sedar bahawa nafsu sentiasa bersamanya, mereka terpaksa berkawan dengannya. Oleh kerana nafsu diilhamkan Allah SWT jalan berlaku fujur (kufur) dan takwa (taat) kepada Tuhan, maka cara berkawan sentiasa berlawan dan waspada.
Nafsu seperti yang ditegaskan oleh al-Quran menerbitkan dua perkara yang bertentangan, elok (takwa) dan hodoh (fujur). Kedua-duanya sama sama berasal dari nafsu.
Sebahagian ulama menafsirnya bahawa yang cenderung kepada fujur (ingkar) ialah nafsu yang rendah, sementara yang cenderung kepada takwa ialah nafsu jenis akal. Sesuai dengan akal dari minda yang terletak pada tempat tinggi.
Apabila bersahabat dengan seseorang mesti wujud nasihat menasihati, kerana nasihat itu menggerakkan hatinya yang lalai, hingga mengetahui apa yang dia tidak tahu sebelumnya.
Yang demikian adalah bukti kamu betul betul kasihan belas dengannya, sebagai sahabat sejati.
Jumaat, 2009 Oktober 30
SYIRIK
MAKNA SYIRIK
Syirik artinya menyekutukan Allah SWT dalam beribadah dengan salah satu diantara makhluk-Nya.
SEBAB-SEBAB SYIRIK
Pengagungan, pemuliaan dan penghormatan yang berlebihan. Pengagungan dalam syari’at Islam ada 2 macam:
Pengagungan yang sampai batas-batas tertentu dibolehkan bahkan diwajibkan (thobi’i), seperti anak kepada ayahnya (QS 17/23-24), terhadap nabi dan rasul as (QS 4/64, 24/63, 49/2-3).
Pengagungan yang berlebihan dan sampai pada tingkat taqdis (pengkultusan) kepada siapapun adalah terlarang, walaupun terhadap nabi as (QS 3/144), malaikat (QS 43/19), jin (QS 37/158-159), ulama dan orang shalih (QS 71/21-23), benda-benda langit (QS 41/37).
Bersandar kepada sesuatu yang dapat diketahui oleh panca indera saja dan meremehkan yang diluar panca indera (QS 2/55, 7/138, 20/87-88).
Mengutamakan hawa nafsu (QS 31/21, 19/59, 28/50, 25/43, 3/14).
Bersikap sombong (QS 43/51-52, 40/56, 2/258).
Ridha pada para pimpinan yang menindas manusia dan tidak berhukum kepada hukum Allah SWT dan rasul-Nya (QS 5/44-47, 7/65-66, 7/73-76, 34/31-33).
BENTUK-BENTUK SYIRIK
Syirik dalam al-Qur’an dan as-Sunnah bukan hanya sujud kepada berhala saja, sujud kepada berhala merupakan salah satu dari bentuk-bentuk syirik yang sangat banyak bentuknya, diantaranya:
Meyakini bahwa ada yang memiliki kekuatan atau dapat memberi manfaat dan madharat selain Allah SWT (QS 2/102).
Mendekatkan diri dengan memuja kepada sesuatu dengan keyakinan bahwa dengan sesuatu itulah ia dapat mendekatkan dirinya kepada Allah SWT (QS 39/3).
Memohon pertolongan kepada orang mati, ruh, atau jin untuk memudahkan urusannya (QS 10/18, 72/6).
Cinta (mahabbah) dan loyalitas (wala’) yang salah. Cinta dan loyalitas hanya boleh diarahkan kepada Allah SWT, Rasul SAW dan orang-orang yang beriman dan bertakwa dan tidak boleh diarahkan kepada: Orang-orang yang menentang agama Allah SWT (QS 58/22) dan orang-orang yang mengejek hukum-hukum Allah SWT (QS 5/57). Jika ia mencintai sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT atau karena lebih mencintai sesuatu sehingga ia berani melanggar hukum Allah maka ia telah syirik (QS 2/165, 9/24).
Beranggapan bahwa aturan/hukum buatan manusia lebih baik dari hukum Allah SWT atau menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal (QS 9/31, 16/35, 42/21, 4/65).
Sihir (QS 10/81). Dari Bujalah bin ‘Abdah berkata bahwa Umar ra telah mengirim surat kepada para gubernurnya untuk menghukum mati para tukang sihir.
Perdukunan (QS 6/59, 27/65). Barangsiapa yang mendatangi dukun dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad. (HR Abu Daud)
Bersumpah dengan selain Allah: “Barangsiapa bersumpah dengan selain Allah, maka ia telah syirik.” (HR Tirmidzi).
Menggantungkan jimat yang isinya selain ayat al-Qur’an. Barangsiapa menggantungkan jimat (tamimah) maka ia telah syirik. (HR Ahmad); Jika berupa ayat al-Qur’an, maka ada yang membolehkan dan ada yang melarang.
Mantera dan jampi-jampi. Sesungguhnya bermantera (ar-ruqa’), dan jimat (tama’im) dan pekasih/pelet (at-tiwalah) adalah syirik. (HR Ibnu Majah)
Menyembelih untuk selain Allah. Bersabda nabi SAW: Ada seorang yang masuk naar karena lalat dan seorang lainnya yang masuk jannah karena lalat. Maka para sahabat ra bertanya: Bagaimana bisa begitu wahai Rasulullah? Maka jawab nabi SAW: Dua orang lelaki lewat pada suatu kaum yang memiliki berhala yang tidak boleh dilewati tanpa berkorban sesuatu. Maka kaum itu berkata kepada lelaki yang pertama: Sembelihlah kurban! Jawab lelaki tersebut: Aku tidak punya sesuatu untuk dikorbankan. Maka kata kaum tersebut: Berkurbanlah walau hanya dengan seekor lalat! Maka lelaki itu melakukannya dan ia bisa lewat dengan selamat, tetapi ia masuk naar. Maka hal yang sama terjadi pada lelaki yang kedua, saat diminta berkurban ia menjawab: Aku tidak akan berkurban kepada sesuatu pun selain Allah ‘Azza wa Jalla, maka lelaki yang kedua ini dipenggal kepalanya oleh mereka dan ia masuk jannah. (HR Ahmad)
Merasa sial karena sesuatu apapun: Kata nabi SAW: Barangsiapa yang tidak jadi melakukan sesuatu karena merasa sial, maka ia telah syirik. Maka para sahabat ra bertanya: Lalu bagaimana kafarat dari hal tersebut wahai Rasulullah? Maka jawab nabi SAW: Katakanlah : Allahumma la khaira illa khairaka wala thiyara illa thiyaraka wala ilaha ghairaka. (HR Ahmad)
Syirik kecil yaitu riya’ (QS 18/110): Merasa senang saat orang lain melihat perbuatan baiknya dan menambahinya, dan merasa malas saat tak ada yang melihatnya dan menguranginya. Kata nabi SAW: Yang paling aku takutkan terjadi atas kalian adalah syirik kecil, maka kata para sahabat ra: Apakah itu syirik kecil wahai Rasulullah? Jawab nabi SAW: Riya’. (HR Ahmad dan Abu Daud)
DAMPAK SYIRIK
Memadamkan cahaya fithrah yang bersih. Manusia dilahirkan berada dalam fithrah tauhid yang suci, maka orangtua, lingkungan dan hawa nafsunyalah yang memadamkan fithrah tersebut dari tauhid yang lurus (QS 30/30).
Mematikan kesucian jiwa. Jiwa yang bertauhid takkan tenggelam dalam lumpur hawa nafsu, karena hawa nafsu bersifat menurunkan jiwa manusia kebumi sementara ruh mengangkat ke langit dan melihat ke alam malakut. Maka jiwa yang melakukan syirik akan jatuh ke jurang kerendahan dan kehinaan (QS 22/31).
Menghilangkan sifat ‘izzah (kemuliaan). Karena membuat jiwa menjadi tunduk kepada sesuatu selain Allah SWT yang rendah dan hina. Kemuliaan itu hanya milik Allah, Rasul-Nya dan orang beriman (QS 63/8). Seorang yang berbuat syirik takkan pernah memiliki kemuliaan dan takkan pernah merasakannya karena ia telah bersandar kepada sesuatu yang rendah dan hina (QS 22/73).
Menggugurkan semua amal baik (QS 39/65). Dosa yang paling besar dan paling dahsyat bahayanya adalah syirik, karena syirik langsung menyentuh nilai-nilai tauhid yang paling mendasar dan aspek ketuhanan yang paling penting dalam agama Islam, yaitu pengakuan syahadah akan ke-Maha Esa-an Allah SWT dari segala sekutu dan tandingan.
Kekal dan abadi di naar (QS 4/116-121). Maka sebagai hukumannya pun paling berat yaitu kekal di naar, dan tidak mendapatkan kesempatan pengampunan sama sekali dari Allah SWT, padahal Ia adalah yang Maha Penyayang (karena pelanggaran ini adalah kesalahan yang memang tidak dapat dan tidak boleh dimaafkan).
Allaahumma innaa na’uudzu bika min an nusyrika bika syai’an na’lamuh wa nas taghfiruka limaa laa na’lamuh…
Petikan www.al-ikhwan.net
SYIRIK KECIL IALAH RIAK
SALAH satu penyakit batin atau jiwa yang paling parah kepada seorang Muslim ialah riak. Hal ini berasaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya apa yang paling aku takuti menimpa umatku ialah riak dan keinginan nafsu yang tersembunyi di mana ia lebih tersembunyi daripada seekor semut yang hitam diletakkan di atas batu yang hitam pekat pada malam yang gelita.” (Hadis Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim)
Demikianlah betapa sulitnya untuk mengawal diri daripada penyakit ini kerana ia tersembunyi dan sukar dikesan. Justeru, ulama Islam sangat memberi perhatian kepada kesan buruk penyakit riak kepada umat Islam.
Riak berasal daripada perkataan Arab, Ru’yah yang bermaksud lihat. Orang yang riak ialah orang yang memperlihatkan amalannya kerana ingin mendapat pujian manusia. Riak boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu melalui fizikal, pakaian, perkataan, amalan, ramai kawan dan pengunjung.
Rasulullah SAW pernah ditanya:
“Bagaimana untuk mendapat kejayaan? Jawab Baginda SAW: Seorang hamba yang beramal taat kepada Allah jangan beramal kerana mengharapkan sesuatu daripada manusia.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah SAW lagi yang maksudnya:
“Perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah syirik kecil. Sahabat bertanya: Apa dia syirik kecil itu? Sabda Baginda: Allah berkata pada hari kiamat nanti ketika Dia memberi balasan amalan kepada hamba-Nya: Pergilah kamu kepada orang yang kamu tunjukkan amalan kamu di dunia dulu, mintalah balasan amalan kamu daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)
Diriwayatkan Saidina Umar pernah ternampak seorang lelaki berjalan membongkokkan badannya, lantas beliau berkata: Hai si bongkok, luruskan badanmu. Khusyuk atau rendah diri itu bukan pada fizikal. Sesungguhnya khusyuk itu di dalam hati.”
Abu Umamah al-Bahili ternampak seorang lelaki dalam masjid sedang menangis dalam sujudnya, lalu dia berkata: “Jika kamu lakukan ini di rumah kamu (adalah lebih baik).”
Saidina Ali berkata: “Tanda orang yang riak itu tiga, dia malas jika berada seorang diri, ia rajin apabila di tengah orang ramai dan ia menambah amalan jika dipuji dan mengurangkannya jika sebaliknya.
Keburukan riak tidak terhitung. Apabila seseorang rasa berbeza dalam dirinya jika ia beribadat dilihat orang dan tidak dilihat, itu adalah satu bentuk riak. Cara merawatnya ialah menjauhi terus daripada punca riak iaitu suka kepada kedudukan dan kemegahan.
Seburuk-buruk riak ialah seorang yang beribadat kepada Allah kerana hamba-Nya, bukan mengharapkan keredaan Allah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Orang yang riak, nanti dipanggil pada hari kiamat di hadapan semua makhluk: Hai penjahat, Hai periak, Hai penipu, amalan kamu sesat, balasannya terhapus, pergilah kamu, mintalah balasannya daripada orang yang kamu beramal kerananya.” (Hadis riwayat ibn Abi al-Dunya)
Berdasarkan keterangan di atas, sebagai seorang Muslim kita mestilah menjaga niat dalam setiap kerja amal dilakukan. Jangan sekali-kali terselit rasa kerana selain Allah, nanti di akhirat balasannya tidak akan diberi oleh Allah.
Sedarlah penyakit ini lebih parah daripada segala penyakit fizikal dunia, kerana ia akan merosakkan segala pahala yang diperlukan untuk kebahagiaan hidup kekal abadi di akhirat.
Khamis, 2009 Oktober 29
Anak Kita Tanggungjawab Kita
dan sebagai anak-anak yang mentaati kedua ibubapa. Dalam sebuah riwayat yang dikeluarkan oleh Abd Razzak dan Said bin Mansur daripada Ali r.a berkata: “Didiklah anak-anak dan keluargamu dengan baik serta hiasilah mereka dengan akhlak yang baik”.
Sementara itu, pepatah Melayu berbunyi ‘melentur buluh biarlah dari rebung’ patut dijadikan amalan. Pendidikan dan pembentukan keperibadian anak hendaknya bermula dari kecil lagi. Ini mesti dilakukan oleh ibu dan bapa. Bagaimana mendidik anak supaya menjadi seorang berakhlak mulia, penyantun serta berbudi bahasa dalam usia anak yang masih mentah. Pertama, ibubapa perlu berusaha untuk memenuhi hak asasi anak seperti yang digariskan oleh Islam. Prof Abdul Rahim Omran berkata ada 10 hak asasi seorang anak iaitu;
1. Hak untuk hidup.
2. Hak untuk mempunyai genetik sahih (anak yang dilahirkan oleh ibubapa yang sah pernikahannya).
3. Hak untuk mempunyai nama baik.
4. Hak untuk mendapat belaian kasih sayang, perlindungan & penyusuan ibu.
5. Hak untuk mendapat tempat tidur berasingan.
6. Hak untuk mendapat pendidikan dan ilmu pengetahuan.
7. Hak untuk dibesarkan di dalam suasana Islam.
8. Hak untuk mendapatkan setiap sesuatu yang dibelanjakan baginya dari sumber halal.
9. Hak untuk mempelajari kemahiran hidup dan pertahanan diri.
10. Hak untuk mendapat layanan saksama tanpa mengira jantina.
Merujuk kepada hak yang ke-6 di atas, kita perlu melihat semula sejauhmanakah peranan ibubapa dalam memberi pendedahan ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah kepada anak-anak yang dikatakan amat kritikal kini. Masyarakat sering kali menyalahkan ibu bapa sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini terhadap anak-anak. Si bapa pula akan menyalahkan ibu yang menurutnya bertanggungjawab sepenuhnya mendidik anak-anaknya. Sebenarnya ibubapa bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak. Sikap saling menyalahkan antara satu sama lain sangat merugikan kerana tidak menyelesaikan apa-apa masalah.
Al-Quran menjelaskan fungsi mendidik anak terletak pada bahu seorang bapa, manakala ibu sebagai pendokong dan penyokong utamanya. Ini dinyatakan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan ketika Lukman berkata kepada anaknya, pada waktu dia memberi pelajaran kepada anaknya: Hai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah, sesungguhnya menyekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman besar.” (Surah Lukman, ayat 13).
Di sini, Lukman sebagai seorang bapa, mula mendidik anaknya dengan memperkenalkannya kepada Allah, Pencipta dan Pemilik alam ini. Seterusnya Lukman (mewakili kaum bapa) mengajarkan anaknya terhadap bahaya syirik dan menasihatkan anaknya mengenai beberapa tatacara akhlak mulia. Begitulah betapa besarnya tanggungjawab bapa dan ini menunjukkan bapa memang tidak boleh lepas tangan dalam pembinaan sahsiah anak. Dalam perubahan struktur keluarga pada zaman ini (di mana ibu juga sama-sama mencari nafkah), tugas bapa bukanlah setakat mencari nafkah untuk keluarga semata mata. Mereka perlu berganding bahu sebagai ibubapa yang berpadu tenaga untuk mengenalkan anak kepada akidah Islam mantap. Keutuhan akidah inilah yang akan menjamin kemuliaan akhlak remaja Islam.
Dalam hal ini, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak di dalam Islam) merakamkan enam tanggungjawab pendidikan, iaitu:
1. Tanggungjawab pendidikan keimanan (akidah).
2. Tanggungjawab pendidikan akhlak.
3. Tanggungjawab pendidikan jasmani.
4. Tanggungjawab pendidikan mental.
5. Tanggungjawab pendidikan rohani.
6. Tanggungjawab pendidikan sosial.
Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa anak-anak kita tergolong daripada mereka yang berguna kepada umat manusia dan bukan di kalangan mereka yang membuat kerosakkan?. Untuk memastikan kesemuanya ini, suatu perkara yang sangat penting perlu dimiliki oleh setiap orang untuk menjalani kehidupan di atas bumi ini, lebih-lebih lagi dalam memikul amanah sebagai khalifah adalah dengan menguasai “ilmu”. Hanya dengan ilmu sajalah seseorang itu dapat membezakan yang halal dan yang haram, yang haq dan yang bathil. Hanya dengan ilmu jualah manusia dapat mentadbir bumi ini sebaik-baiknya agar mereka mendapat ketenangan serta kejayaan di dalam segala aspek kehidupan. Untuk kita memakmurkan bumi ini, wajiblah kita menuntut ilmu… Segala bentuk ilmu, samada ilmu fardu ain seperti ilmu Tauhid, ilmu Fiqh dan Muamalah ataupun ilmu fardhu kifayah seperti ilmu Sains, Matematik dan sebagainya.
Renunglah sejenak… Sejauhmanakah kita mendedahkan anak-anak kita dengan ilmu fardhu ‘ain?… Di kesempatan cuti persekolahan ini marilah sama-sama kita tekankan penguasaan ilmu fardhu ‘ain untuk anak-anak kita agar dengannya dapat dijadikan benteng bagi mereka menghadapi dunia luar yang penuh cabaran. Bawalah anak-anak kita bersama-sama solat berjamaah di surau/ masjid, biasakanlah mereka dengar membaca Al-Quran walaupun hanya sekadar selembar sehari dan biasakanlah mereka dengan mendengar tazkirah ilmiah yang dianjurkan. Insya Allah gabungan ilmu fardu ‘ain dan fardhu kifayah yang mantap akan membentuk jatidiri anak-anak ke arah yang lebih terarah. Insya Allah dengan ini dapat menghindar remaja kita kepada kemusnahan yang merosakkan aqidah, akhlak dan peribadi mereka.
Marilah kita merenung sejenak akan pentingnya ilmu di dalam kehidupan, terutama bagi mereka sebagai pelapis para pemimpin di masa hadapan. Anak-anak kita tidak akan dapat mendisiplinkan diri dalam menuntut ilmu melainkan dengan tunjuk ajar dan pimpinan ibubapa mereka. Sebagai ibubapa kita haruslah sentiasa memainkan peranan untuk memberi mereka sokongan dan tunjuk ajar yang diperlukan. Kita tidak boleh sibuk dengan urusan pekerjaan seharian sahaja sehingga kita abaikan tangungjawab terhadap mereka.
Bagaimanakah boleh kita membantu mereka?. Sebagai ibubapa, selain daripada memberi mereka galakan, kita harus juga ada hubungan komunikasi dengan anak-anak, sentiasa berinteraksi dengan mereka dan sentiasa bertanya akan masalah-masalah yang mereka hadapi dalam mengharungi dunia mereka. Sebagai ibubapa, kita juga harus memastikan mereka hanya menuntut ilmu yang benar dan yang bermanfaat dan tidak menuntut ilmu-ilmu yang boleh memudharatkan mereka. Antara ilmu-ilmu yang membawa kebaikan, sebagai contoh, ilmu fardhu ain, kerana ianya akan mengenalkan remaja kita kepada tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam dan perkara-perkara yang diwajibkan ke atas mereka untuk ditunaikannya. Dengan demikan mereka akan menjadi remaja yang bertaqwa serta akan menjauhkan mereka daripada membuat maksiat dan sekaligus mereka akan mempunyai sifat muraqabah. Secara tidak langsung, mereka juga akan menjadi anak yang soleh dan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Sebagai ibubapa, mungkin kita akui dan memang tidak akan merestui sekiranya anak-anak kita menuntut ilmu yang boleh merosakkan mereka. Tetapi dari manakah mereka mendapat ilmu-ilmu tersebut? Sebagai remaja, anak-anak kita mempunyai ramai kawan dan kenalan. Sekiranya mereka berkawan dengan mereka yang mulia akhlaknya, mereka akan juga dipengaruhi sifat-sifat mulia daripada kawan-kawan tersebut. Tetapi, sekiranya mereka berkawan dengan yang buruk akhlak dan budi pekertinya, mereka akan terpengaruh dan akan mengambil sifat-sifat buruk tersebut. Jadi, kita hendaklah memastikan agar anak kita mendapat ilmu yang bermanfaat dan mengelakkan daripada ilmu-ilmu yang boleh merosakkan akhlak dan peribadi sebagai persiapan mereka menjadi khalifah di muka bumi ini.
Demikianlah antara tanggungjawab kita sebagai ibubapa di mana kita akan ditanya oleh Allah SWT akan amanah yang kita dipertanggungjawabkan ini. Buat akhirnya, semoga ibubapa dan pendidik dapat meningkatkan iltizam dalam mendidik cahaya mata masing-masing dengan merenung mafhum hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya akan mereka yang di bawah kepimpinannya!” (Riwayat Ibn Hibban).
Selasa, 2009 Oktober 20
Ya Hayyu Ya Qayyum - Doa Untuk Palestin
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Turunkan para Malaikatmu untuk membantu para Mujahidin di Gaza dan Seluruh Palestina,
Sebagaimana telah kau turunkan ribuan Malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza,
Kuatkanlah terus generasi baru dari antara anak-anak mereka,
Menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam lewat Jihad fii Sabiilillah.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Janganlah Kau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman atas saudara-saudara kami.
Daftarkan nama-nama kami dalam daftar panjang para Mujahidin Mukhlisin dan para Syuhada yang menjemput Syurga-Mu.
Jangan Kau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh agama-Mu dan wafatkan kami dalam keadaan Muslim."
Tujuh perkara ganjil
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..
Antara Lima Puluh Amalan Terbaik Dalam Hidup
"
1. Sesiapa yang berwudhuk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwudhuk.2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha
mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati , mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi Muhamad S.A.W. membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya - Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi Muhamad SAW apabila berwudhuk, beliau membasahi janggutnya - Tirmizi.
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan : Aku lihat Nabi Muhamad SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah) - Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
15. Perbaharui wudhuk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadis : Sesiapa yang berwudhuk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Daud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
17. Nabi Muhamad S.A.W seri ng menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
19. Nabi tidak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isya ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
21. Nabi Muhamad S.A.W. seri ng beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
22. Setelah bersolat Nabi Muhamad S.A.W. memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman mus uh serta bahaya fitnah..
24. Apabila Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
26. Ketika Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh) mohon perlindunganNYA) - Bukhari.
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
28. Wudhuk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwudhuk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya Syaitan yang melalaikan.
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadis : Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - Bukhari.
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
32. Adakalanya Nabi Muhamad S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu Daud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati , sesiapa yang berhajat menemui Nabi Muhamad S.A.W dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
34. Setelah bersolat Nabi Muhamad S.A.W. mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali ? - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
35. Nabi Muhamad S.A.W. seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang .
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadis : Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Daud.
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
39. Sabda Nabi Muhamad S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadis : nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari.
41. Sesiapa yang seri ng mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadis : Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadis : Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tidak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi seri ng melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu daud.
46. Membaca selawat 1,000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tidak berjawab, beliau beredar.
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadis : Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah - Ad-Dailami.
50. Para ulama berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
Isnin, 2009 Oktober 12
SESI PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2010 PASTI AL-IKHWAN SU 2
Sila Hubungi Ustazah seperti dibawah:
1. Ustazah Ros 013-3339254
2. Ustazah Yuha 019-3969833
3. Ustazah Nurul 012-6307602
4. Ustazah Rahimah 019-2547200
PASTI AL-IKHWAN
NO.1 JALAN DEDAP 5 SAUJANA UTAMA 2
BULANAN RM 80.00 sahaja.
Bayaran Yuran Pendaftaran :
-Pendaftaran Pelajar Baru / Lama 40.00 / 30.00
-Yuran Bulan Pertama - January (Wajib) 80.00
-Buku Teks & Latihan (Wajib) 60.00
-Yuran Pelbagai (Wajib) 110.00
-Baju Sekolah Sepasang (L/P) 30.00 (pilihan utk pelajar lama)
-Kopiah @ Tudung 5.00 (pilihan utk pelajar lama)
-Baju Sukan (Wajib) 25.00 (pilihan utk pelajar lama)
Sesi Pengajian 2010 :
Sesi 1 7.45 pagi - 11.30 pagi
Sesi 2 12.00 tgh - 3.30 petang
Kurikulum Merangkumi:
-Hafazan Surah Pendek (Al-Quran)
-Asas Bahasa Melayu (Tulisan & Bacaan)
-Asas Matematik (Pengiraan)
-Asas Bahasa Inggeris
-Asas Fardhu Ain
-Asas Jawi (Tulisan & Bacaan)
-Asas Sains
-Kreatif
-Akhlak-akhlak dalam Islam
-Asas Bahasa Arab
Aktiviti Tahunan:
-Lawatan & Rekreasi
-Sukan Tahunan
-majlis Ikhtifal
-Mini Konvo (Pelajar 6 tahun sahaja)
SUKAN TAHUNAN PASTI DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Tarikh : 17 October 2009 (Sabtu)
Masa : 08.00 pagi -12.00 tengahari
Tempat : Balai Raya Saujana Utama
Pakaian Murid : T-Shirt Sukan Pasti dan Kasut
Tuan / Puan dikendaki menghantar anak tuan / puan terus ke tempat di mana berlansungnya sukan tersebut.
Jumaat, 2009 Ogos 07
10 Wasiat Imam Syafie
Doa untuk wabak / penyakit perjangkit
| | |||||||
| Assalamualaikum wbth.
Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,
Disertakan di sini doa untuk diamalkan dalam usaha untuk mengelak dari wabak / wabak penyakit seperti H1N1 yang melanda sekarang.
Sekian, terima kasih.
Marilah kita sama-sama “ Memartabatkan Islam Di MISC”
| |||||||
Aktiviti Mingguan di MARKAZ PAS SU2 & SU3
Diatas adalah jadual USRAH MINGGUAN /KULIAH bagi ahli PAS Saujana Utama SU2 & SU3.
Ahli-ahli diminta hadir pada setiap USRAH MINGGUAN/KULIAH ini bertempat seperti dibawah:-
Pasti Al-Ikhwan
No.1 Jalan Dedap 5
Saujana Utama 2
| Memusuhi ulama bererti memusuhi Allah | | | |
| Written by Presiden PAS | |
| | |
| Orang yang bermusuh dengan para ulama adalah bermusuh juga dengan Allah SWT. Apabila seseorang itu berseteru dengan orang yang menjalankan kerja-kerja menegakkan hukum Allah SWT, maka itulah maknanya orang itu bermusuh dengan Allah. Firman-Nya menerusi ayat 98 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintah-Nya) dan memusuhi Malaikat-malaikat-Nya dan Rasuk-rasul-Nya, khasnya malaikat Jibrail dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana Sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir." Ayat ini terang dan jelas menunjukkan bahawa orang yang menentang Allah, ulama-ulama Islam yang membawa ajaran Islam yang sebenarnya adalah kafir di sisi Allah SWT. Oleh kerana itulah mengikut apa yang disebut di dalam kitab-kitab yang membahaskan tentang masalah akidah, antara perkara yang membolehkan seseorang itu menjadi kufur ialah bermusuh dengan Allah atau bermusuh dengan wali-wali Allah atau bermusuh dengan orang yang menyebarkan ajaran Allah di atas muka bumi ini. Bermusuh dengan mereka semata-mata merana mereka mahu menegakkan amaran keras, bahawa sesungguhnya Allah bermusuh dengan orang-orang kafir. Ini bermaksud barang siapa yang bermusuh dengan Allah, bermusuh dengan para pemimpin yang menyebarkan ajaran-ajaran-Nya, bermusuh dengan Rasul-rasul Allah, Jibrail dan malaikat Mikail serta malaikat yang lain adalah kafir kerana amarah Allah di dalam ayat tersebut. Oleh kerana itu, kamu hendaklah sedar dan faham bahawa apabila kamu berseteru dengan Allah SWT dan menentang-Nya, maka mereka juga akan ditentang.Kita minta berlinding dengan Allah SWT daripada yang demikian itu, agar Allah SWT menjadikan kita ini termasuk di kalangan pengikut agama-Nya, di kalangan 'Jundullah' (tentera-tentera Allah) dan Allah Taala jadikan kita ini, pemimpin-pemimpin yang menjalankan ajaran-Nya serta menegakkan hukum-Nya bukan pemimpin yang mahu mencari keredhaan manusia semata-mata, tetapi mencari keredhaan Allah SWT. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. "Patutukah (Mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? bahkan kebanyakan mereka tidak beriman. "Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang menegaskan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya)." Ayat-ayat yang dibaca sebagaimana maksudnya yang tersebut dalam siri yang lalu, masih lagi menceritakan tentang perangai orang-orang Yahudi Bani Israil di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Mengikut kaedah ilmu tafsir, iktibar atau pengajaran itu diambil daripada lafaz yang umum bukan dari sebab-sebabnya yang khusus. Iktibar dari sikap degil Bani Israil Oleh itu, ayat-ayat ini hendaklah diambil iktibar oleh setiap orang Islam khususnya dan mereka umumnya agar mereka tidak berperangai seperti Yahudi dan inilah tujuannya. Memang orang Yahudi sukar untuk membaca ayat al-Quran, orang Islamlah yang bertanggungjawab membacanya, maka kita bertanggungjawab juga mengambil iktibar dari apa yang dibaca. Di dalam ayat 99 surah al-Baqarah Allah SWT menyatakan yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.." Itu semua adalah tanda-tanda alamat yang nyata, bahawa Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya seorang Rasul dan Nabi SWT. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada Nabi-Nya ayat-ayat yang nyata dan terang serta tidak mengkafirkan dengannya melainkan orang-orang yang fasik. Di dalam ayat tersebut, Allah SWT tidak mengatakan melainkan orang-orang yang kafir. Bagaimanapun orang kafir itu memang fasik juga atau dengan kata lain, sifat itu memang ada pada orang kafir. Tidak akan ingkar dengan tanda-tanda Allah SWT lahirkan kepada Nabi Muhammad itu melainkan oleh orang-orang yang fasik. Orang yang jahat sahaja yang mengkafirkan dan tidak percaya dengan tanda-tanda serta ayat-ayat yang dinyatakan oleh Allah, menjadi bukit kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Di antara orang-orang yang fasik itu ialah orang Yahudi Bani Israil yang duduk di Madinah dan mereka melihat perangai dan batang tubuh Nabi serta tahu juga tentang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? bahkan kebanyakan mereka tidak beriman." Ayat 100 surah al-Baqarah. Sebagaimana Allah menyatakan di dalam ayat-ayat yang lalu, Allah pernah membuat perjanjian dan materaikannya dengan cara yang dasyat seperti menurunkan petir sehingga mereka semua mati dan mereka itu hidup semula kemudian barulah mereka percaya dengan perjanjian itu. Allah SWT pernah mengangkat bukit Tun Saina' di atas kepala mereka di mana Allah SWT mahu memateraikan perjanjian dengan orang Yahudi dengan mengangkat bukit itu di atas kepala mereka barulah mereka beriman kepada Allah.
- daripada buku : 'Umat yang dimurkai', Kuliyyah Tafsir surah al-Baqarah dari ayat 22 hingga 107, muka surat 167 hingga 172 - |
Khamis, 2008 Disember 04
Renungan....
(Ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang di Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981. )
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan 'Ya,Allahjadikan hatiku bersih'
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelumtidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disampingdosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencucihati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah'Qulhu-allah' sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maafperlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekalimengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah 'Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati 'Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif'. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapatdirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk..
11. Bersedekah.12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengarorang mengumpat.
sumber dr sahabat sani_d9
Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup
Wallahualam
ehsan dr sahabat sani_d9@yahoo.com


